Ketua Pengarah World Health Organization (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus tampil memberikan kenyataan yang sangat menarik tentang usaha mendepani penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Beliau baru-baru ini menggunakan analogi atau perumpaan yang mengatakan taktikal bola sepak perlu digunakan negara-negara di seluruh dunia dalam melawan virus berbahaya itu.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Menurut beliau, langkah ‘bertahan’ yang diambil dunia sekarang tidak akan membantu untuk memberikan ‘kemenangan’ kepada mereka.

“Apa yang paling penting ialah apa yang dilakukan, anda tidak boleh memenangi perlawanan bola sepak dengan mempertahankan diri, anda mesti menyerang.”

“Untuk menang, kita perlu menyerang virus dengan taktik yang agresif dan disasarkan – menguji setiap kes yang disyaki, mengasingkan dan menjaga setiap kes yang disahkan serta mengejar dan menjarakkan setiap pertemuan,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada sidang media kempen “Tumpaskan COVID-19” yang turut dihadiri Presiden FIFA Gianni Infantino.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara ditangguhkan

Dalam perkembangan lain bola sepak, UEFA pada semalam mengumumkan akan menunda  kedua-dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

Langkah itu diambil berikutan situasi terkini wabak COVID-19 yang kini semakin teruk di seluruh dunia.

Jadual asal menyaksikan perlawanan akhir untuk kejohanan itu bakal diadakan Mei nanti, namun dengan pengumuman tersebut, UEFA mengatakan mereka masih belum mencapai keputusan tentang tarikh baru.

Baca perkongsian kami tentang COVID-19 sebelum ini di dalam dan luar negara. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Juventus Isytihar ‘Darurat’, Tiga Pemain Dijangkiti Wabak Coronavirus

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Kenapa Angka Kematian Wabak COVID-19 Di Itali Paling Banyak Ketika Ini

Anda Mungkin Suka