Baru-baru ini Free Malaysia Today melaporkan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani melahirkan kebimbangan terhadap lambakan motosikal ‘kapcai’ lincah berprestasi tinggi sejak akhir-akhir ini.

Tambah beliau lagi, kehadiran kapcai laju itu adalah antara punca utama peningkatan kadar nahas jalan raya. Jadi beliau menyarankan model kapcai lincah yang berkemampuan tinggi yang ditunggang melebihi had laju wajib itu dilarang berada di jalan raya serta penjualannya di pasaran diharamkan.

“Inilah (kapcai laju) antara penyumbang kepada tingginya kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan (kegiatan) merempit,” katanya kepada portal berita tersebut. Beliau turut menyarankan model kapcai lincah yang berkemampuan tinggi yang ditunggang melebihi had laju wajib itu dilarang berada di jalan raya serta penjualannya di pasaran diharamkan.

“Kenderaan (kapcai) seperti ini wajib diharamkan di Malaysia (kerana) tidak ada relevensi kelajuan 177 km/j di jalan raya sedangkan had laju maksimum adalah 110 km/j (di lebuh raya),” tegasnya.

Berita tersebut telah menjadi buah mulut warganet yang berasa saranan tersebut kurang adil bagi orang ramai. Menurut netizen, mengharamkan terus kenderaan yang mampu memecut melebihi had laju bukanlah jalan terbaik.

Sebaliknya, pihak berkuasa sepatutnya melakukan pemantuan, pengawasan dan hukuman denda terhadap individu-individu yang melanggar undang-undang had laju secara konsisten terlebih dahulu, bukan sekadar bermusim. Sekaligus ia dapat membuat pengguna jalan raya berasa ‘gentar’ untuk membuat kesalahan, terutamanya membawa kenderaan melebihi had laju.

Sumber Gambar: Facebook MMM Garage
Sumber Gambar: Facebook MMM Garage
Sumber Gambar: Facebook MMM Garage
Sumber Gambar: Facebook Info Viral
Sumber Gambar: Facebook Info Viral

Tambah orang ramai lagi, jika ingin ‘mengharamkan’ motosikal kapcai yang berkemampuan memecut lebih had laju, haramkan sekali penggunaan sportcar dan supercar di pasaran negara ini juga kerana kenderaan tersebut ternyata boleh memecut dua hingga tiga kali ganda daripada had laju yang dibenarkan.

Orang ramai juga meminta pihak berkuasa turut mengambil serius menyelesaikan beberapa permasalahan lain seperti permukaan jalan yang kurang baik serta berlubang dan penyalahgunaan alkohol sehingga menyebabkan ramai pengguna jalan raya yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Sumber Gambar: Free Malaysia Today
Sumber Gambar: Facebook Info Viral

Isu ini kembali dibangkitkan semula setelah tular satu video mengenai model keluaran terbaru, iaitu Suzuki Raider R150 Fi, juga dikenali dalam kalangan peminat motosikal sebagai ‘Si Belang’, yang mampu mencecah kelajuan 177 km/j melalui ujian terkini mesin dyno.

Orang ramai menyatakan setiap kenderaan yang diuji di atas mesin dyno memang boleh memecut kelajuan ‘lebih luar biasa’. Bagaimanapun, apabila membawa kenderaan yang sama di atas jalan raya yang sebenar, hendak memecut 100km/j pun agak sukar oleh kerana permukaan jalan raya yang kurang baik dan ditambah pula lubang-lubang yang tidak dibaiki.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Cadangan untuk mengharamkan motosikal kapcai bukanlah perkara baru di negara ini. Pada tahun-tahun lalu, sudah ada beberapa pihak lain mengutarakan cadangan yang sama.

Pakar Cadang Haramkan Motosikal Kapcai, Orang Ramai Luah Rasa Tidak Puas Hati

Aktivis Keselamatan Jalan Raya Cadang Haramkan Motosikal Bawah 250cc