Sejak semalam, netizen mempunyai respons pelbagai apabila sebuah portal berita melaporkan bahawa Persatuan Kebajikan Bintang Utara yang mewakili pertubuhan Freemason daripada negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia menyalurkan bantuan pelindung muka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menegaskan, tidak menjadi sebarang masalah bagi polis menerima sumbangan pelindung muka daripada pertubuhan Freemason menurut laporan Berita harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau berkata tidak ada sebab untuk mereka menghalang mana-mana pertubuhan menghulurkan sumbangan. Pihak polis juga sangat mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa sahaja untuk sama-sama mengekang penularan wabak COVID-19.

“Bagi sumbangan pelindung muka kepada polis tidak ada salahnya, bukan kita ikut fahaman dia (Freemason). Apa yang penting mereka bagi sumbangan kepada pihak kita,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau ditemui selepas melawat wartawan akhbar harian Makkal Osai, R. Letchumi yang diserang stok sejak Julai lalu, di Taman Desa Pengkalan, dekat sini, hari ini. Pada 15 Oktober lalu, beliau menerima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada pertubuhan Freemason.

Walaupun ada pengguna media sosial yang mempertikaikan sumbangan tersebut, sumbangan daripada pertubuhan itu sebenarnya dapat membantu pihak polis dalam menjalankan tugasan harian.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan Freemason. Baca lagi pada pautan di bawah.

Dakwa COVID-19 Agenda Freemason Dan Yahudi, PU Azman Sekolahkan Kumpulan Teori Konspirasi

Curi Perhatian Dengan Kemeja ‘Mata Satu’, Netizen Jelaskan Ianya Sekadar Jenama Fesyen

Artis Dituduh Sokong Iluminati, Ini Maksud Sebenar Di Sebalik Gambar Tutup Mata Kiri

Sumber