Di saat orang ramai seluruh dunia menantikan tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown dihentikan untuk bergerak bebas semula, nampaknya situasi yang bakal dilalui selepas ini mungkin sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menghentikan arahan lockdown berikutan wabak COVID-19 bukanlah bermakna orang ramai bebas seperti sebelum ini.

100ca3794018d81b04e154fab877d873
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus

Tambahnya lagi, Pengakhiran kepada lockdown di beberapa negara hanyalah permulaan kepada fasa baharu dimana orang ramai perlu membiasakan diri dengan new normal. Dalam erti kata lain, orang ramai masih perlu berhati-hati dalam memastikan wabak ini tidak lagi menular sehingga pandemik COVID-19 pulih sepenuhnya.

Pihak WHO juga turut mengambil peluang untuk berterima kasih kepada kerajaan Saudi yang telah menyumbangkan dana sebanyak $500 juta (RM2.2 bilion) dalam membantu membanteras penyebaran wabak COVID-19.

Dalam pada negara Malaysia menunjukkan perkembangan yang positif, pihak UN Economic Commission for Africa (Uneca) menjangkakan sekurang-kurangnya 300,000 angka terkorban bakal berlaku di 54 negara di benua Afrika berikutan wabak COVID-19.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini.

WHO Akui Buat Kesilapan, Minta COVID-19 Tidak Dipolitikkan

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

Sumber