Seperti sudah ‘senyap’ seketika tentang isu kanak-kanak berbangsa Rohingya meminta sedekah di jalanraya dan pasti ramai orang beranggapan bahawa perkara itu telah ditangani.

Akan tetapi, muncul sebuah video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai berbangsa Rohingya sedang meminta sedekah di Simpang Takada, Shah Alam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@8hannels/video/7119836669909421338?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menerusi video terbabit, dapat dilihat bahawa kanak-kanak tersebut bertindak mengetuk, menumbuk cermin kereta perakam dan juga menunjukkan isyarat jari tengah.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan kanak-kanak terbabit serta mengatakan sikap seperti itu membuatkan orang ramai ‘turn off’ untuk memberikan bantuan.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut berasa terkejut kerana isu ini masih terjadi dan berasa rimas dengan situasi ini yang dilihat makin berleluasa tanpa ada jalan penyelesaian.

Sementara itu, pernah tular remaja Rohingya berang apabila aktivitinya meminta sedekah dirakam orang awam. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Remaja Rohingya Berang Dirakam Minta Sedekah, Digelar ‘Long Tiger Jr’ Oleh Netizen

Warga Asing Rohingya Bawah Pengaruh Dadah Buat Kecoh, Masih ‘Layan’ Walau Direnjat Dan Disepak