Ingkar arahan dan anda perlu membuat ketuk ketampi. Itulah hukuman yang dikenakan polis India buat individu yang masih berdegil melanggar perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan.

Mengapa ketuk ketampi? Kerana ia adalah cara paling tidak menyakitkan dan boleh dibuat oleh semua. Namun, ada di sesetengah tempat, polis tempatan masih menggunakan cota untuk merotan mereka yang ingkar arahan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/gurpreetdhillon/status/1242486015308300288

https://twitter.com/gurpreetdhillon/status/1242497618535755777

Sejak hari Ahad yang lalu, seluruh India dikenakakan perintah berkurung bermula jam 7 pagi sehingga 9 malam sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19. Namun, perintah berkenaan diambil mudah oleh majoriti penduduk di India dan disebabkan itu pihak polis di India mengenakan hukuman ini kepada mereka yang ingkar.

Pada malam Selasa yang lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi tiada jalan lain selain untuk melaksanakan total lockdown buat semua penduduk India selama 21 hari. Mereka langsung tidak dibenarkan keluar dari rumah melainkan untuk kecemasan atau membeli barangan dapur sahaja.

“Untuk menyelamatkan negara serta setiap penduduk India, saya akan melaksanakan perintah berkurung secara menyeluruh. Saya tidak dapat melihat apa yang akan berlaku kepada India jika tindakan tidak bertanggungjawab ini berterusan,” kata Modi.

Ia pastinya satu tugas yang sukar untuk menjaga 1.3 bilion penduduk India daripada terus bersosial di tempat awam. Seperti juga di Malaysia, hanya farmasi dan kedai runcit sahaja dibenarkan operasi. Dengan pengumuman perintah berkurung yang lebih menyeluruh ini, hukuman yang lebih ketat bakal dikenakan kepada penduduk India yang masih berdegil.

Kedegilan rakyat India dikatakan menjadi faktor Perdana Menteri India membuat perintah lockdown secara menyeluruh. Baca lagi pada pautan di bawah.

Adakah Sikap Degil Rakyat India Telah Memaksa Perintah ‘Lockdown’ Dikuatkuasakan?

Penganut Hindu Di India Minum Air Kencing Lembu, Percaya Mampu Sembuhkan COVID-19

Hampir 4,000 Petugas Perubatan Di Sepanyol Dijangkiti Wabak COVID-19