Sejak pandemik menyerang, dapat dilihat industri penghantaran makanan semakin rancak menerusi jumlah tempahan yang tinggi daripada pelanggan. Hal ini turut menyumbang kepada peningkatan rider dalam membantu menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Terbaharu, menerusi perkongsian daripada TikTok @anasmansor99, beliau telah memuat naik sebuah video menunjukkan pesanan yang diterima daripada seorang pelanggan yang mahukan beliau meletakkan makanan yang dipesan di rak yang disediakan pada pintu hadapan sahaja. Pesanan tersebut turut memaklumkan untuk beliau ketuk pintu dan kemudiannya lari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi memenuhi pesanan pelanggan berkenaan, pemilik TikTok ini yang juga dikenali sebagai Abang Panda telah merealisasikannya. Walau bagaimanapun, gelagatnya yang lucu telah membuatkan para netizen terhibur.

@anasmansor99

Hyee tiktok!!!🤭 #foodpandamalaysia #fyp #fypシ゚

♬ original sound – Abang Panda – Cikgu Panda

Berdasarkan video yang dikongsikan, terdapat netizen yang beranggapan pesanan tersebut dibuat berikutan pelanggan tersebut sedang menjalani kuarantin. Arahan untuk terus lari tersebut dimaklumkan bagi mengelakkan rider berkenaan dijangkiti wabak COVID-19.

Selain itu, tidak kurang juga netizen yang terhibur dengan usaha Abang Panda ini yang sanggup meletakkan kamera dan membuat lakonan semula dalam usaha untuk menghasilkan konten. Berikut merupakan respon netizen terhadap video yang dihasilkan Abang Panda ini.

photo6071236629005184226
Sumber: Tiktok anasmansor99
photo6071236629005184227
Sumber: Tiktok anasmansor99
photo6071236629005184228
Sumber: Tiktok anasmansor99

Usaha yang dilakukan Abang Panda ini rata-ratanya mendapat komen positif daripada para netizen yang memuji beliau yang bekerja keras dalam mengikut arahan yang diberikan pelanggan serta masih mampu menghiburkan orang ramai.

Tular pada minggu lalu apabila wanita ini dihadiahkan iPhone 12 Pro Max oleh jirannya selepas kerap menghiburkan jirannya yang kurang sihat dengan alunan muzik menggunakan biola.

Sering Mainkan Muzik Guna Biola Buat Jiran Yang Kurang Sihat, Wanita Ini Dihadiahkan iPhone 12 Pro Max

‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV