Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sudah menjadi tanggungjawab orang ramai dalam memastikan setiap individu berasa selamat serta tidak melakukan perkara-perkara yang mampu menggugat ketakutan orang ramai khususnya para wanita dan kanak-kanak.

Terbaharu, tular di TikTok @beachbro27 yang melihatkan seorang lelaki yang dengan selambanya keluar kereta sewaktu lampu isyarat merah lalu mengetuk pintu kereta seorang pemandu wanita bagi meminta nombor telefon.

Tindakan yang didakwa ‘gentle’ tersebut sekaligus mengundang ketakutan para wanita berikutan ditegur oleh individu tidak dikenali sewaktu di lampu isyarat.

Cara lelaki ini meminta nombor telefon pemandu wanita berkenaan yang turut dirakam serta dikongsikan di media sosial walau bagaimanapun telah membuatkan para netizen berpendapat tindakan yang dilakukan adalah tidak sesuai serta membuatkan para netizen berasa seram.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang mempertikai tindakan pemandu wanita tersebut yang telah menurunkan tingkap sehingga habis di mana beliau berpotensi untuk diapa-apakan oleh lelaki berkenaan.

Sehubungan dengan itu, para netizen berharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja dianggap tidak ‘gentle’ seperti yang didakwa, malah turut mengundang ketakukan kepada pemandu wanita yang lain.