Sejak beberapa hari kebelakangan ini kecoh dikongsikan di media-media sosial dan juga laporan media utama mengenai kejadian ketukan pintu secara misteri di beberapa kampung di Sabak Bernam, Selangor.

Ketukan pintu yang tidak diketahui punca itu pada awalnya difahamkan berlaku di beberapa kampung termasuk Batu 38, Kampung Tengah, dan Kampung Banting bermula jam 11 malam sehingga awal pagi berdasarkan perkongsian-perkongsian yang dibuat di media sosial sebelum ini mengenainya.

126308328_399719261400120_4573937751616274231_n
Tangkap layar laporan mengenai kejadian itu oleh netizen di media sosial. FOTO: Media Sosial

Walaupun kejadian berkenaan kedengaran agak mencurigakan pada awalnya, namun tinjauan dan laporan yang dilakukan oleh beberapa akhbar arus perdana seperti Berita Harian dan Harian Metro bersama penduduk di kawasan terlibat mengesahkan kejadian benar-benar berlaku dan bukannya sekadar menjadi buah mulut di media sosial.

Bercerita lanjut mengenai kejadian berkenaan, salah seorang penduduk Kampung Batu 37 dilaporkan mendengar bunyi ketukan dari bahagian dapur rumahnya ‘yang kuat seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat’.

Laporan mengenai kejadian berkenaan juga difahamkan turut diterima Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman.

Tambah mengejutkan, beliau juga berkongsi kepada Berita Harian bahawa beliau juga turut melalui pengalaman hampir sama seperti separuh lagi penduduk kampung yang pintu rumahnya diketuk secara misteri.

Menguatkan lagi dakwaan mengenai kejadian tersebut, seorang penduduk dari kampung berlainan, Kampung Tengah juga mengakui turut melalui kejadian sama di rumahnya baru-baru ini.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja. Namun, sangkaan itu meleset apabila tiada siapa di luar rumah sewaktu saya menjenguk menerusi tingkap,” jelasnya.

Mula dilaporakan sejak beberapa hari lalu, kejadian berkenaan bagaimanapun dilaporkan masih lagi berlaku dan telah sampai ke Taman Air Manis di Sabak Bernam seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sama dengan apa yang dilaporkan berlaku terlebih dahulu, ketukan misteri itu juga difahamkan didengari dari pintu belakang rumah mereka- juga pada waktu malam dan berterusan sehingga 10 minit.

Bagaimanapun, setibanya pasukan rondaan Rondaan Sukarela Cegah Jenayah (RSCJ) di taman berkenaan, mereka kemudiannya mendapati bunyi ketukan yang dikatakan itu sudah tidak lagi kedengaran.

Jadi kepada anda yang masih tertanya-tanya dengan apa sebenarnya yang berlaku di Sabak Bernam seperti sedang tular sekarang, mungkin laporan-laporan ini dapat memberikan penjelasan sedikit sebanyak.

Bagaimanapun, laporan-laporan yang dipetik ini hanyalah berdasarkan tinjauan yang dilakukan bersama penduduk dan tidak menyatakan dengan jelas sama ada terdapat bukti bergambar atau video yang menyokong dakwaan berkenaan.

Baca juga perkongsian daripada kami mengenai perkembangan semasa dalam negara yang lain melalui pautan di bawah. 

Seludup PATI Di Pintu Masuk Negara, 27 Anggota Imigresen Kantoi ‘Dibeli’ Dengan Kereta Mewah

Bekalan Petrol Dilaporkan Bercampur Air, 20 Kenderaan Tersadai Selepas Isi Minyak

Daripada RM18 Ke RM27 Dalam Masa Seminggu, Peningkatan Mendadak Harga Bawang Buat Netizen Terkejut