Anda peminat tegar makanan pedas? Sudah bosan dengan pedas Samyang dan mencari port baharu untuk makanan pedas yang sedap? Anda perlu ke Melawati Mall (LG-03) atau IOI City Mall Putrajaya (L2-14 2nd Floor) untuk mencuba masakan di Mala Mala.

Kepedasan ‘mala’ ini pada awalnya menjadi kegilaan ramai di Singapura tetapi malangnya anda tidak boleh merasainya kerana terdapat bahan masakannya yang tidak halal. Berbeza dengan di Mala Mala, ianya sesuai untuk semua bangsa dan peringkat umur kerana bahan masakan di sini adalah daripada pembekal makanan halal. Jadi anda tidak perlu risau untuk makan di sini.

‘Ma la’ adalah terma yang mempunyai maksud numbling spice (pedas kebas) di mana ianya merujuk kepada sos pedas yang digunakan untuk memasak hidangan di sini. Mala Mala menggunakan ‘Sichuan peppercorns‘, sejenis lada hitam yang khas yang diimport dari China untuk rasa pedas masakan di sini. Jadi pedasnya pastilah lain macam!

Mala Mala Last 3
Aturan memesan di Mala Mala

Kaedah memesan makanan di sini adalah secara self service di mana anda perlu penuhkan mangkuk anda dengan sayur atau daging. Apa yang terdapat dalam kategori sayur adalah sayur segar, telur, tofu telur dan banyak lagi. Manakala kategori daging pula adalah ayam, daging, kambing, ikan sotong dan udang. Anda boleh rujuk gambar di bawah.

Setiap item yang anda ambil akan ditimbang terlebih dahulu sebelum dimasak. Harga untuk bahan dalam kategori sayur adalah RM3.99 (100g) manakala RM5.99 (100g) untuk daging. Kalau ramai, ambillah lebih. Jika anda makan seorang, ambillah portion untuk seorang.

Mala Mala 1
Harga untuk kategori daging dan sayur
Mala mala 2
antara pilihan sayur yang ada
mala mala 3
Tofu telur itu sedap!
mala mala 4
Bahan kategori daging
mala mala 5
Pilihan ‘seafood’ di sini
mala mala 6
Daging ‘fresh’ setiap hari!
Mala Mala 7
Kuantiti yang kami ambil. Lebih banyak ambil, lebih banyak anda perlu bayar

Selepas sudah memilih ingredients anda, ada 4 level kepedasan yang boleh dipilih di Mala Mala iaitu ‘Rempah Je’, ‘Pedas Sikit’, ‘Pedas Sangat’ dan ‘Pedas Gila’. Adik di kaunter nasihatkan kami kalau tidak tahan pedas, boleh ambil cuba Pedas Sikit yang merupakan entry level untuk makanan pedas (kepedasan tom yam biasa). Pedas Sangat pula adalah sekitar Samyang Noodle dan paling pedas adalah Pedas Gila untuk anda yang sukakan cabaran.

Rekod di sini adalah ada pelanggan yang mintak double Pedas Gila dan mereka berjaya habiskan! Bestnya di Mala Mala adalah anda boleh request rasa makanan anda. Permintaan itu boleh dibuat ketika anda buat bayaran dan akan dimasak oleh tukang masak bertugas. Untuk sesi ini, kami pilih dua masakan ‘Rempah Je’ dan ‘Pedas Sangat’.

mala mala 8
Selepas ambil, timbang dan bayar
Mala Mala Last 1
Level pedas yang anda boleh pilih

Keistimewaan makan di Mala Mala adalah setiap masakan adalah made to order. Jadi setiap makanan yang anda akan terima pastinya dalam keadaan fresh dan dalam keadaan panas-panas. Malah, setiap bahan anda juga dimasak secara berasingan kerana ada bahan yang memerlukan masakan yang lebih lama dan ada yang hanya memerlukan masakan yang sekejap.

Jadi, setiap bahan akan disusun terlebih dahulu mengikut waktu masa masakan sebelum semuanya dimasak sekali untuk menyiapkan hidangan anda.

Mala mala Kitchen 1
Bahan yang anda pilih sedang diatur untuk dimasak
Mala mala Kitchen 4
level ‘Rempah Je’
Mala mala Kitchen 5
Level Pedas Sangat

Apabila siap makanan kami, bau Sichuan peppercorns memang naik dan terus buat kami terliur. Jadi apa rasa makanan ini? Pengurus Mala Mala sarankan kami untuk mencuba masakan Rempah Je dahulu sebelum pergi ke Pedas Sangat. Memang ya, walaupun tanpa sebarang pedas, masakan di sini memang superb!

Jika anda bawa anak-anak kecil, mereka pasti sukakan versi Rempah Je ini. Rasa setiap bahan yang kami ambil (udang,ikan,sotong daging dan lain-lain) dapat dirasa dalam setiap suapan. Memang amazing.

Jadi tiba masa untuk cuba Pedas Sangat pula. Dan memang. Pedasnya memang power. Rasa pedasnya juga lain macam kerana pedas ini datang daripada Sichuan peppercorns dan bukannya cili yang biasa kita makan di sini. Memang sesuatu yang berbeza tetapi sangat sedap. Pada kami, benar ini memang sama level pedas Samyang Noodles. Jika kami mahu enjoy the moment, kami mungkin akan pilih kepedasan Pedas Sikit bila makan di sini di masa akan datang. Tidaklah kami makan bersulam air seperti ketika makan level Pedas Sangat.

Mala Mala serve 3
Udang sangat fresh dan begitu juga bahan lain
Mala Mala Serve 4
Goreng sekali mee. memang padu!
Mala Mala serve 5
Ini untuk anda yang tak makan pedas. Anak-anak pasti suka
Mala Mala serve 6
Terliur tak?

Menurut pengurus di Mala Mala ini, disebabkan rasa pedas di sini yang berbeza, ada yang sudah ‘ketagih’ dan mereka sudah ada regular customer yang makan di sini hampir setiap bulan. Malah, ada yang sanggup BungkusIt sampai ke Damansara kerana Mala Mala ketika ini cuma mempunyai cawangan di Melawati Mall dan IOI Mall Putrajaya sahaja.

Disebabkan kedudukan Melawati Mall yang berhampiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pelanggan mereka juga banyak dari Sichuan, China sendiri. Mereka juga memberi komen di Mala Mala, masakannya adalah paling hampir dengan makanan masakan orang Sichuan sendiri dan bila makan di sini, mereka rasa seperti berada di ‘rumah’. Jadi kalau orang Sichuan sendiri kata sedap, mestilah ianya sedap.

Mala Mala Air
Pilihan air yang terdapat di sini
Mala Mala Serve 7
Padankan lauk anda dengan nasi dan sup

Anda boleh makan lauk yang dimasak dengan nasi yang dijual pada harga RM2.50. Mereka menggunakan ‘beras Jepun’ untuk nasi kerana ianya lebih lembut dan blend dengan lebih baik dengan lauk anda.

Buat peminat makanan pedas, ini adalah restoran yang anda perlu pergi. Memang kami puas hati dan sekiranya kami ke Melawati Mall atau IOI Mall Putrajaya, kami pasti akan singgah ke sini. Sampai ke hari ini teringat pedas dia. Rasanya kami pun sudah ‘gian’ dengan Mala Mala.

P/S: Kenapa ‘pedas kebas’? Sebabnya bila anda makan level Pedas Gila, atau anda memang tak tahan pedas, mungkin mulut anda akan pijar sedikit. Tetapi memang puas hati sedap pedasnya.