Astro Malaysia Holdings Bhd dicatatkan memperolehi keuntungan bersih bagi tahun berakhir 31 Januari 2019 sebanyak RM462.92 juta. Hal ini jelas sekali menunjukkan syarikat tersebut mengalami kesusutan daripada jumlah keuntungan bersih sebelum ini yang dicatatkan sejumlah RM770.64 juta bagi kewangan tahun 2018.

Salah satu faktor penurunan jumlah bersih keuntungan bagi syarikat tersebut disebabkan oleh penurunan dalam langganan dan hasil pengiklanan. Meskipun syarikat mengalami penurunan yang banyak, ianya juga tetap sudah di seimbangkan oleh peningkatan dalam jualan barang-barang dan pendapatan perlesenan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Astro

Para pengguna lebih gemar membuat pembelian melalui pakej yang lebih murah berbanding pakej yang lebih mahal dan berbaloi. Dengan tindakan yang dilakukan oleh pengguna tersebut, syarikat itu akan sentiasa mengalami pengurangan dari segi hasil langganan yang boleh diperolehi untuk setahun. Manakala, dari segi pengiklanan pula, ianya dipengaruhi oleh kelembapan dalam pasaran pengiklanan.

Oleh itu, pihak Astro dalam usaha untuk mengukuhkan nilai pelanggan mereka dengan memperkenalkan kepada pelanggan pakej jalur lebar, tontonan yang lancar merentasi semua skrin, perkhidmatan yang lebih baik dan menjalinkan hubungan yang lebih akrab bersama pelanggan.