Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Nampaknya syarikat penawaran penyiaran berbayar, Astro telah mengalami kejatuhan keuntungan yang tinggi sebanyak 93% menurut laporan kewangan suku tahun kedua.

Difahamkan keuntungan Astro mulai jatuh sebaik tamatnya kempen Piala Dunia 2018. Penurunan kadar untung ini turut dikaitkan dengan matawang Ringgit yang sedikit lemah.

Untuk perbandingan, Astro berjaya mencatat jumlah keuntungan sebanyak RM246.3 juta pada suku tahun kedua tahun lalu sebelum jatuh 93% pada tahun ini dengan jumlah keuntungan sebanyak RM16.58 juta sahaja.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →
Sumber: Astro

Setakat ini, harga saham Astro berada sekitar RM1.58 dengan penurunan sebanyak 8 sen. Pihak Astro juga turut mengesahkan mereka berjaya mendapatkan hak penyiaran eksklusif buat Liga Perdana Inggeris untuk tiga musim lagi sehingga 2021/22.

Pastinya tugas yang sukar buat Astro untuk meningkatkan lagi keuntungan buat syarikat lebih-lebih setelah orang ramai mula beralih kepada media berbayar yang lain.