Membeli kereta baharu yang lebih mewah serta serba canggih ketika pandemik mungkin bukan satu masa yang terbaik malah ia berisiko memandangkan keadaan ekonomi di sesetengah negara yang tidak menentu ketika ini.

Namun siapa sangka, di kala pandemik melanda dunia, syarikat automotif terkenal Lamborghini milik Volkswagen Group ini telah berjaya meraih keuntungan jualan yang positif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Meskipun harga kereta Lamborghini semuanya mahal, namun melihat pada peningkatan rekod penjualan terkini kami berasa sangat terkejut dan bangga,” kata Ketua Eksekutif Lamborghini, Stephen Winkelmann.

Difahamkan, model kereta Sports Utility Vehicle (SUV) Lamborghini Urus bernilai sekitar $220,000 (~RM1 juta) telah berjaya meraih permintaan yang tinggi terutamanya di pasaran China.

Rata-rata pembeli kereta di China dikatakan lebih meminati model SUV ultra-mewah seperti Rolls-Royce, Bentley dan Lamborghini. 59% daripada jumlah jualan Lamborghini tahun lalu merupakan model Urus.

“Urus telah memberikan kami satu kejayaan dari segi pulangan pelaburan yang menjanakan keuntungan yang tinggi dan untung tersebut boleh dijadikan sebagai modal pusingan bagi kelangsungan Lamborghini pada masa akan datang,” tambah Winkelmann.

Menurutnya lagi, China dijangkakan akan menjadi pasaran kedua terbesar bagi penjualan kereta Lamborghini menggantikan Jerman pada tahun ini. Manakala pasaran Lamborghini di Amerika Syarikat kekal di tangga pertama dengan penjualan sebanyak 2,224 unit kereta pada tahun lalu.

Pada tahun ini, kita semua telah menyaksikan pelbagai syarikat automotif terkemuka di dunia telah pun menghasilkan model kereta elektrik. Namun, Lamborghini tampil berdiam diri dan tiada gambaran perancangan untuk menghasilkan kereta elektrik.

Akan tetapi, Winkelmann dalam satu kenyataannya telah memberikan sedikit bayangan bahawa model kereta elektrik Lamborghini akan dilancarkan pada April tahun ini.

Meskipun orang China berebut untuk membeli kereta Lamborghini, namun pemain bola sepak ini akui menyesal membeli Lamborghini Aventador.

Sergio Aguero Akui Menyesal Beli Lamborghini Aventador Bernilai RM1.98 Juta

Keadaan Sebuah Lamborghini ‘Parking’ Atas Pembahagi Jalan Jadi Perbincangan Netizen

Baru Sahaja Kemalangan Melibatkan Lamborghini, Penyanyi Ini Masih Boleh ‘Joget’ Dalam Hujan

Sumber