Sekiranya tahun 2015 dan 2016 merupakan tahun yang sukar buat Petronas, lain ceritanya bagi tahun 2017 selepas tahun syarikat petroleum ini berjaya menunjukkan jumlah keuntungan yang positif.

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan, gergasi minyak nasional ini berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM45.5 bilion selepas cukai. Jumlah keuntungan yang direkodkan ini merupakan peningkatan sebanyak 91% berbanding tahun sebelumnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin. Sumber: Kwiknews

Mengulas dari segi keuntungan yang berjaya dikutip, Petronas berpendapat kenaikan harga produk serta penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika antara yang membantu membantu pendapatan syarikat ini pada tahun lalu.

Selain itu, inisiatif untuk mengurangkan jumlah kos operasi serta perbelanjaan modal juga berjaya menjimatkan syarikat ini sebanyak RM3 bilion berbanding 2016.

Sumber: Petronas

Pada tahun ini Petronas mensasarkan untuk membayar jumlah dividen yang lebih tinggi kepada pihak kerajaan selepas dengan sasaran 19 bilion selepas berjaya membayar RM16 bilion pada tahun ini.

Syabas dan tahniah kami ucapkan buat Petronas. Semoga segala usaha dan titik peluh syarikat minyak nasional ini membuahkan hasil.

Sumber