Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Filem Doctor Strange yang ditayangkan pada tahun 2016 lalu telah berjaya mencuri perhatian para peminat filem MCU Marvel. Malah, jalan cerita filem adiwira ini juga dikatakan amat unik dan tidak cliché sehingga mind blown dibuatnya.

Tambah teruja, segala gambaran kuasa magik yang dipaparkan dalam filem ini begitu hebat sekali, lebih-lebih lagi kuasa milik guru kepada Doctor Strange iaitu The Ancient One yang bebas mengubah struktur bangunan dan muka bumi mengikut apa sahaja kehendaknya.

Walaupun berjaya menghayati watak The Ancient One, namun pengarah Marvel, Kevin Feige dalam satu kenyataan baru-baru ini mengaku bahawa pemilihan Tilda Swinton sebagai pelakon watak tersebut telah mencetuskan isu ‘stereotaip’ terhadap pelakon dari Asia.

“Saya mengaku pemilihan Tilda Swinton telah mencetuskan isu stereotaip yang besar dalam Doctor Strange. Beliau seorang wanita ‘kulit putih’ maka amatlah tidak sesuai peranan beliau sebagai watak The Ancient One dan wanita Asia.

“Apa yang pasti, isu ini tidak akan tercetus sekiranya kami mencipta karakter The Ancient One berdasarkan versi dalam komik iaitu seorang lelaki tua yang asalnya dari Tibet,” luah Kevin dalam program Men’s Health.

Berdasarkan kenyataan Kevin itu, apa yang difahamkan, pihak Marvel sepertinya nampak telah bersikap ‘rasist’ terhadap kemampuan para pelakon dari Asia. Sepatutnya, adalah lebih baik jikalau karakter orang Asia dalam filem Marvel dilakonkan sendiri oleh pelakon dari Asia.

“Jadi perkara ini amatlah sensitif khususnya buat orang Asia. Seharusnya kami perlu memilih salah seorang pelakon Asia yang lebih sesuai untuk memegang watak tersebut,” katanya lagi.

Sebelum ini, Kevin dan pengarah bersama filem Doctor Strange, Scott Derrickson, pernah berbincang dan mahu jalan cerita filem ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak cliche. Mereka tidak mahu karakter The Ancient One berperanan sebagai seorang guru lelaki yang tua, berketurunan Asia dan mempunyai ilmu pengetahuan seperti yang biasa diceritakan dalam kebanyakan filem Hollywood dan antarabangsa.

“Kami fikir kami genius dan ingin Doctor Strange lari daripada jalan cerita cliche. Oleh itu, kami tidak mahu The Ancient One dilihat sebagai karakter seorang guru lelaki tua berketurunan Asia yang bijaksana dalam segala hal.

“Lebih baik watak ini diolah menjadi satu karakter yang sesuai dilakon oleh pelakon wanita. Ternyata, kami tersalah pilih pelakonnya lalu tercetus kontroversi rasist,” ujar Kevin lagi.

Lantaran itu, Marvel mula belajar dari kesilapan ini. Mereka juga telah memperbetulkan kesalahan jalan cerita mengenai watak The Mandarin dalam Iron Man 3 dan akan mendedahkan pelakon lelaki Asia, Tony Leung Chiu-wai sebagai Mandarin yang sebenar dalam filem adiwira Asia pertama Marvel, Shang-chi and Legends of the Ten Rings

Sekadar info, filem sekuel kedua Doctor Strange: Multiverse of Maddness dijangka akan ditayangkan pada 22 Mac 2022 dan pasti kita semua tidak sabar menontonnya.

Quicksilver dilaporkan bakal kembali dalam filem Doctor Strange 2. Ketahui lebih lanjut menerusi klik pada pautan di bawah.

Quicksilver Dilaporkan Bakal Kembali Dalam ‘Doctor Strange 2’

‘Doctor Strange 2’ Bakal Jadi Filem Seram Pertama MCU

Doctor Strange Sudah Beri ‘Spoiler’ Tajuk Avengers 4 Sejak Infinity War Lagi

Anda Mungkin Suka