Nampaknya selepas tularnya berita Avengers: Endgame bakal hadir dengan versi adegan tambahan yang akan ditayangkan di pawagam minggu hadapan, Kevin Feige juga turut menjawab khabar angin Keanu Reeves yang khabarnya akan menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU).

Ketika ditanya oleh wakil ComicBook.com sama ada pihak Marvel pernah menghubungi Keanu Reeves untuk mana-mana watak dalam MCU, Feige menjawab ya dan nama Keanu Reeves sentiasa keluar dalam setiap projek baharu atau akan datang Marvel.

“Kami bercakap tentang Reeves dalam hampir setiap filem yang kami hasilkan. Kami sudah hubungi beliau saya tetapi saya tidak tahu bila beliau akan sertai MCU. Jika beliau sertai kami, kami akan fikirkan jalan terbaik untuk beliau muncul dalam MCU,” Feige.

“Ianya perkara yang sama untuk Jake Gyllenhaal. Kami ambil masa untuk mencari watak untuk beliau dan kami rasakan watak Mysterio paling sesuai untuk Jake. Harap perkara ini dapat terjadi pada Keanu di masa akan datang,” tambah Feige.

Nampaknya bukan sahaja Keanu Reeves sudah menambat hati peminat, beliau juga sudah menambat hati pihak Marvel. Yang pasti, lambat atau cepat Keanu Reeves pasti akan menyertai MCU. Pada pandangan anda, watak mana yang paling layak untuk dipegang oleh Keanu Reeves?

Sumber