Kevin Poon ialah seorang usahawan muda Hong Kong yang mempunyai beberapa bisnes yang berjaya. Beliau seorang co-founder untuk jenama streetwear CLOT. Beliau juga membuka rangkaian butik JUICE di negara-negara Asia termasuk Kuala Lumpur. Pada tahun 2014, Poon membuka kedai kopi yang diberi nama Elephant Grounds.

Menariknya, bisnes-bisnes Poon bermula dengan minat dan sudah pasti beliau menjumpai formula bagaimana menukarkan minat menjadi satu bisnes yang berjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kevin Poon didefinasikan sebagai ‘moden entrepreneur’, seseorang yang selalu mencabar kreativiti dan bertungkus lumus mengejar apa saja minat yang bermain di dalam kepala. Semua kejayaan Poon hadir bersama pakej ujian, cabaran dan etika kerja yang tinggi ditambah dengan pengalaman bekerja dalam industri muzik.

Rémy Martin telah memilih beliau sebagai personaliti pertama untuk “Circle of Centaurs” untuk memberikan kata-kata mutiara melalui beberapa siri video dengan setiap video mempunyai cabaran kreatifnya tersendiri. Tonton siri video Kevin Poon di bawah dan anda mungkin mendapat inspirasi untuk menjadikan bakat kreatif anda sebagai kenderaan kejayaan anda.

https://www.youtube.com/watch?v=IpY7o1RE7jA

Dalam video satu, Poon berkongsi pandangan tentang keberanian untuk mencuba sesuatu, untuk tidak mengikut default perjalanan yang telah diaturkan sejak kecil dan berani untuk melakukan kesilapan.

https://www.youtube.com/watch?v=tBotVExaFiQ

Kita dapat belajar bagaimana sesebuah muzik itu kadang-kadang penting untuk membuatkan kita sentiasa terinspirasi dan memberikan kita idea-idea segar.

https://www.youtube.com/watch?v=t3vZVZuN5AA

Dalam segmen ini, Poon bercakap tentang bagaimana untuk mencari kumpulan orang yang berkongsi minat dan citarasa yang sama. Berhubung dengan orang lain merupakan satu kemahiran.

https://www.youtube.com/watch?v=EJUPTR42FmY

Dalam bahagian ke-4, Poon bercakap tentang menguruskan orang. Beliau mengamalkan ‘natural progression’ dan ‘pengurusan tanpa pengurusan’. Beliau juga seorang yang suka menolong orang lain. Namun beliau berpesan untuk kita tahu had keupayaan kita dan bila untuk meminta tolong daripada orang lain.

https://www.youtube.com/watch?v=P0QFKVeO3qk

Penutup siri video ini, Poon memperkenalkan projek terbarunya iaitu TOPFIT, sebuah hub untuk penduduk-penduduk tempatan yang bercita-cita untuk mendapatkan kesihatan dan kehidupan yang baik. Beliau juga menegaskan, apabila kita sudah memilih untuk melakukan bisnes, kita perlu melakukannya bersungguh-sungguh bukan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Dan selagi kita melakukan perkara-perkara baik, peluang untuk orang mengetahui projek kita tetap ada.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram