Kevin Smith mengakui bahawa wujud satu kesimpulan yang mengejutkan kepada filem Joker lakonan Joaquin Phoenix, lapor media antarabangsa.

Di bawah arahan Todd Phillips, realiti yang dihidangkan kepada penonton adalah Arthur Fleck berada di hospital psikiatri dengan adegan yang menunjukkan beliau membunuh ahli terapi.

a-woman-watching-tv
HYPE
Ini Kelebihan Unifi Plus Box Yang Murah Dan Berbaloi Buat Anda Sekeluarga
Baca lagi →

Smith mendedahkan bahawa terdapat beberapa alternatif kesimpulan adegan akhir filem Joker yang didapati daripada sumber terdekat filem tersebut.

Antaranya adalah membawa penonton ke masa lalu dengan adegan pembunuhan Thomas dan Martha Wayne di lorong tersebut dan memaparkan bahawa ia sebenarnya Joker yang membunuh mereka.

Malah lebih mengejutkan adalah Joker kemudiannya akan menembak Bruce Wayne – bakal menjadi menjadi Batman pada masa mendatang.

“Awalnya, yang berakhir di hospital itu berbeza,” kata Smith. “Dia [Joker] berada di hospital dan dia ketawa, ketawa, dan dia berkata, ‘saya hanya memikirkan sesuatu yang lucu.’

“Apa yang sepatutnya berlaku adalah adegan akhir sewaktu kematian Thomas dan Martha Wayne dan selepas dia [Joker] membunuh Thomas dan Martha Wayne serta anak lelaki itu menjerit dan menangis lalu dia berpaling, mengangkat bahu, dan menembak anak itu. Kredit.” Katanya.

Joker terbukti cukup kontroversial di kalangan penonton dan pengkritik filem antarabangsa.

Walau bagaimanapun, ia telah menerima beberapa pencalonan di 2020 Golden Globes, termasuk Best Motion Picture, Pelakon Terbaik (Phoenix), dan Pengarah Terbaik (Phillips).

Sebelum ini kami pernah dedahkan bagaimana nasib teman wanita ‘imaginasi’ Joker. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Skrip Asal Filem Joker Dedahkan Nasib Sebenar Sophie, Teman Wanita ‘Imaginasi’ Joker

Anda Mungkin Suka