Sebut sahaja KFC pasti anda sudah terbayang keenakan rasa ayam gorengnya dan pelbagai lagi menu. Bagaimana jika kami katakan bahawa anda boleh makan ayam goreng KFC tanpa henti?

Menariknya, KFC Jepun tampil dengan kelainan hadir dengan konsep bufet dan anda boleh menikmati lebih daripada 50 menu yang berbeza selain ayam gorengnya. Apa yang kami boleh katakan adalah ini merupakan satu idea yang ‘fresh’ dari KFC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
bbb-1
Sumber: Japan Today
ddd-1
Sumber: Japan Today

Untuk pengetahuan anda, restoran KFC yang berkonsepkan bufet ini baru sahaja dibuka pada 13 November 2019 dan terletak di Minami Machida Grandberry Park, Tokyo.

Sudah namanya bufet, pasti harga yang dikenakan juga berbeza pada waktu berbeza. Bagi waktu tengahari iaitu pada jam 11 pagi hingga 5 petang, harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah 1,980 yen (~RM76), manakala untuk pelajar sekolah rendah adalah 980 yen (~RM38) dan kanak-kanak pula 480 yen (~RM19).

xx
Sumber: Japan Today
kfc2-768×575
Sumber: Twitter ライブドアニュース

Pada waktu makan malam iaitu bermula dari jam 5 petang hingga 10 malam, harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah 2,580 yen (~RM98), manakala untuk pelajar sekolah rendah adalah 1,280 yen (~RM48) dan kanak-kanak pula 480 yen (~RM19).

Menarik bukan? Jika KFC di Malaysia juga membuat konsep seperti ini, adakah anda akan turut mencuba? Bagi anda yang akan ke Jepun tidak lama lagi, mungkin boleh cuba makan di KFC ini.

Tahukah anda bahawa ada hotel di Jepun yang menawarkan harga bilik serendah RM4.90? Akan tetapi ada syarat pelik yang anda perlu setuju, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

‘Vending Machine’ Halal Pertama Di Jepun Turut Jual Produk Brahim’s

Ini 2 Cara Yang Anda Boleh Cuba Jika Mahu Bekerja Di Jepun Secara Sah

Sumber