Berjaya menjadi antara francais restoran fast food popular di Malaysia, kami yakin ramai yang cukup kenal dengan slogan Finger Lickin’ Good atau Sedap Hingga Menjilat Jari daripada Kentuky Fried Chicken (KFC). Berjaya digunakan sejak 1950-an membuatkan slogan ini diketahui ramai sehingga kini.

Dalam pada itu, KFC mungkin terpaksa melupakan seketika penggunaan slogan ini selepas dilaporkan slogan tersebut menimbulkan kebimbangan segelintir pelanggan KFC tambah-tambah lagi sewaktu pandemik COVID-19 melanda ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1594
Sumber: the guardian

Oleh yang demikian, KFC telah memilih untuk menghentikan penggunaan slogan mereka buat seketika waktu bagi menjaga sensitiviti pelanggan. Dalam pada itu, menurut laporan majoriti pelanggan tidak mempunyai masalah mengenai slogan yang telah digunakan KFC sejak sekian lama.

Buat anda yang merindui slogan ini, KFC memaklumkan pihak mereka pasti akan menggunakan slogan ini apabila tiba masanya. Setakat ini, KFC berjaya mempunyai sekitar 22,500 cawangan di seluruh dunia.

Pad bulan ini KFC telah melancarkan promosi baharu dimana anda berpeluang mendapatkan 3 set Snack Plate dengan harga RM33 sahaja.

KFC Lancar Promosi RM33 Untuk 3 Snack Plate Kombo Bermula 17 Ogos

Tidak Mahu Kalah Dengan PlayStation Dan Xbox, KFC Perkenalkan ‘Konsol’ Tersendiri

Sumber