Mungkin disebabkan menyajikan ayam goreng ikonik mereka tidak cukup cool dan hipster, KFC China nampaknya telah mula untuk untuk menjadikan restoran francais ini menjadi sebuah restoran yang berteknologi tinggi.

Sekiranya sebelum ini rangkaian kedai KFC China telah menawarkan perkhidmatan pelayan robot, kini nampaknya mereka sedia untuk menawarkan pengguna smartphone sempena ulang tahun KFC China yang ke-30 pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1499880426853

aczrzbyuuchl4q24ca0w

Pada awalnya, kami berpendapat smartphone yang ditawarkan tidak lebih sekadar dibuat koleksi. Nampaknya, telahan kami silap apabila KFC telah bekerjasama bersama Huawei dalam mengeluarkan smartphone yang dinamakan sebagai KFC Huawei 7 Plus.

Salah satu kelebihan utama atau fungsi tercanggih yang ditawarkan oleh KFC Huawei 7 Plus adalah para pengguna berpeluang untuk memilih lagu kesukaan mereka untuk dimainkan ketika menikmati juadah apabila berada di rangkaian KFC serata China. Seleksi lagu yang terpilih boleh didapati melalui aplikasi khas yang tersedia di dalam smartphone. Cool bukan?

ri4v2fn450mcelvsbfxr
1987 yang dilakarkan membawa maksud tahun dimana KFC dan Huawei mula diperdagangkan di China

Warna merah dipilih sebagai warna rasmi KFC dan didatangkan bersama fungsi pengimbas cap jari. Dari segi harga, KFC Huawei 7 Plus kini ditawarkan dengan harga sekitar 1099 Yuan (~RM695.00) dan ditawarkan buat masa terhad.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama KFC hadir dengan rekaan teknologi yang rare seperti ini. Sebelum ini KFC China turut menyediakan kiosk pengesanan wajah dimana kiosk ini akan mencadangkan menu yang sesuai buat para pelanggan berdasarkan reaksi muka pelanggan. Boleh tahan aneh juga inovasi KFC China ini.

Sumber