Sejak dari dahulu lagi kelazatan kulit ayam goreng yang rangup dan penuh perisa menjadi kegilaan ramai sehingga menjadi rebutan. Kini orang ramai khususnya penduduk Indonesia tidak perlu lagi berebut untuk mendapatkan kulit ayam goreng kerana KFC Indonesia kini telah memperkenalkan menu kulit ayam goreng sahaja.
Menu ini bukanlah kali pertama diperkenalkan kerana sebelumnya KFC Filipina terlebih dahulu memperkenalkan menu yang sama yang diberi nama “Cracklings”. Menu ini dijual pada harga PHP35 (~RM2.80) per 25 gram.
KFC Indonesia pula memperkenalkan menu ini dengan nama “Chicken Skin” dan hanya dijual di 5 buah cawangan sahaja setakat ini. Menu ini dijual pada harga Rp.13,636 (~RM3.96) sahaja.
BARU! KFC Chicken Skin sudah tersedia untuk kamu nikmati di beberapa gerai! Kerenyahan kulit ayam KFC kamu pasti udah tau dong kayak gimana? Yuk, beli sekarang!
Hanya tersedia di:
– KFC Salemba
– KFC Cideng
– KFC Kemang
– KFC Kalimalang
– KFC Kelapa Gading #kfcchickenskin pic.twitter.com/sGrtjfy2X2— KFC Indonesia (Jagonya Ayam!)🔥 (@KFCINDONESIA) May 11, 2019
Pastinya peminat KFC Malaysia juga menantikan pengenalan menu yang sama dan pastinya akan menjadi rebutan ramai.