Biasa tidak anda naik kenderaan awam terutamanya kereta api dan terbau aroma sedap makanan yang penumpang lain bawa? Kalau anda sedang lapar, secara spontan anda akan terliur dan perut anda akan lapar. Biasanya itulah yang terjadi kalau kita terbau haruman makanan yang sedap.

KFC Japan mengambil berat tentang isu ini. Mereka sangat prihatin dengan penumpang lain yang mungkin terhidu bau ayam goreng mereka yang padu. Jadi, KFC Japan kini menjual ayam goreng versi terbaru di mana ayam goreng ini kurang aromanya tetapi keenakkannya tetap kekal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya dipanggil Fried Chicken Home Type dan ianya hanya boleh dibeli di KFC Station, gerai KFC kecil yang terletak di stesyen subway Shinjuku. Selain ayam goreng, beberapa menu lain turut ditawarkan di gerai KFC ini. Ianya dijual dengan harga 500 Yen (RM18+-) untuk set dua ketul ayam.

Fried 1

Ayam goreng ini dijual terus secara dalam packaging khas di mana jika anda menghidunya dari luar, memang tidak akan keluar langsung aromanya. Tetapi apabila anda kembali memanaskannya , ianya akan kembali mempunyai aroma serta rasa ayam goreng KFC yang biasa.

fried 2

Sampai ke tahap itu sekali orang Jepun menjaga adab dan menghormati orang lain. Namun gerai ini hanya akan dibuka hanya untuk tempoh sebulan sahaja sehingga 31 Disember ini. Mungkin KFC Japan mahu cuba pasaran terlebih dahulu sebelum melancarkan menu ayam ini ke seluruh Jepun. Anda suka ayam goreng KFC anda dengan aroma atau pun tidak?

Sumber