Kentucky Fried Chicken (KFC) Jepun percaya bahawa segala kenikmatan makanan yang dihidangkan kepada mereka hadir disebabkan seekor ayam.

Mereka akan menyambut beberapa festival penting di negara tersebut dengan KFC dan termasuk dengan sambutan krismas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi tahukah anda bahawa KFC Jepun mempunyai amalan yang luar biasa apabila menganjurkan majlis kesyukuran bagi menghormati ayam.

Acara ini telah diadakan sejak 1974 – empat tahun selepas KFC Jepun diasaskan – dan dinamakan sebagai Hari Kesyukuran Ayam.

Selain presiden KFC Jepun, kakitangan dalam jualan dan rantaian bekalan, maskot makanan Kolonel Sanders juga akan membuat penampilan di festival ini.

Majlis kesyukuran yang dijadualkan berlaku pada bulan Jun sering diadakan di Kuil Sumiyoshi Osaka dan Higashi-Fushimi Inari Shrine di Tokyo

Ini adalah cara bagi syarikat itu untuk menunjukkan penghormatan terhadap 22 juta ayam yang disembelih setiap tahun.

Sebelum ini kami pernah menulis ritual pelik yang berlaku di India. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Keluarga Di India Jalankan Ritual Tanam Anak Hidup-Hidup

‘Seppuku’ Ritual Tradisi Untuk Samurai Yang Ingin Mati Dengan Bermaruah

Tradisi Penggal Kepala Dalam Kalangan Masyarakat Di Borneo Yang Menyeramkan