Sebelum ini KFC Malaysia telah memperkenalkan kerepek kentang Lay’s x KFC perisa Ayam Hot & Spicy pada bulan April lalu.

Tetapi kini tidak sekadar kerepek kentang, KFC Malaysia dan Lay’s bekerjasama sekali lagi sekali lagi untuk membawakan anda ciptaan istimewa terbaharu ayam goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ bersempena dengan sambutan Merdeka!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ayam Hot & Spicy ikonik KFC kini disalut dengan tepung campuran hancuran kerepek kentang Lay’s istimewa dan digoreng sehingga perang keemasan. Ia disempurnakan pula dengan taburan BBQ, memberikannya rasa smoky BBQ dalam setiap gigitan. Tahap kerangupan kulit ayam baharu yang perlu anda cuba!

“Anda telah mencuba dan menikmati kerepek kentang Lay’s x KFC Hot & Spicy. Kini, atas permintaan popular, kami membawakan inovasi terbaharu dengan kerjasama Lay’s khas buat rakyat Malaysia untuk menambah kerangupan enak kepada sambutan Merdeka anda. Setiap gigitan ayam goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ ini akan membuatkan anda berasa seperti sedang mengunyah kerepek kentang dan ayam pada waktu yang sama – aneh tetapi sedap hingga menjilat jari!” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

KFC x Lay’s Crunch Box Meal

Kehabisan Ayam, Ini Cara KFC Minta Maaf dengan Iklan Yang ‘Cool’

Boleh didapati secara KFC Bucket Bersama atau à la carte, penggemar keju pasti menyukai KFC Loaded Cheezy Fries di mana Crispier Fries kegemaran ramai diolah dengan ekstra kerangupan. Kentang goreng dilimpahi dengan mayonis dan sos keju jalapeno signature KFC kemudian ditaburkan dengan cebisan ayam rangup.

KFC x Lay’s Crunch dan KFC Bucket Bersama boleh didapati di seluruh restoran KFC untuk waktu terhad bermula hari ini. KFC x Lays Crunch boleh didapati dalam Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal.

KFC Bucket Bersama pula boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul. Dapatkannya melalui pesanan di restoran, pandu lalu, Penghantaran, dan Self Collect. Muat turun aplikasi KFC App atau layari www.KFC.com.my untuk membuat pesanan. Selamat mencuba!

Ini beberapa artikel berkaitan KFC. Klik pada pautan di bawah.

KFC Malaysia Bakal Lancar Koleksi Pakaian Edisi Khas Bersama Pestle Mortar

Crocs Perkenalkan Sandal Edisi ‘Ayam Goreng’ Hasil Kolaborasi Bersama KFC