Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

KFC kini tampil dengan menu baharu iaitu KFC Burger Banjir. KFC Burger Banjir ini membawa Zinger Hot & Spicy signature kepada suatu teknik kulinari berani dan baharu iaitu dengan menenggelamkannya ke dalam sos BBQ Salai.

Maka, Zinger Hot & Spicy signature bersama sos BBQ Salai pasti akan melahirkan satu kombinasi sempurna yang memukau deria rasa anda. Difahamkan, menu istimewa ini dijual untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada.

Mesti kena try Burger Banjir! Filet Zinger dibanjiri dengan Sos BBQ yang sedap! Memang enjoy! SURRRR!

Posted by KFC on Wednesday, July 21, 2021

KFC Burger Banjir ini sudah tersedia secara eksklusif di restoran KFC seluruh negara hari ini kecuali di Sabah yang akan mulai dijual pada 28 Julai 2021. Harga KFC Burger Banjir ini bermula RM12.49 dalam beberapa pilihan iaitu a la carte, kombo, box meal dan kombo aneka yang mengandungi 2 KFC Burger Banjir, 6-ketul nuget dan cheezy wedges.

Lebih menarik, anda boleh dapatkan diskaun 10% apabila anda menggunakan kod promo: BANJIR, ekslusif di KFC Delivery dan aplikasi. Tunggu apa lagi? Jom cuba menu baru ini segera sebelum ia habis terjual!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan KFC pada pautan di bawah ini.

Drama Jiran Bergaduh Tentang Seluar Dalam Siapa Berakhir Dengan Belanja Makan KFC

Kecewa Terima Ayam KFC Bersaiz Paket Sos Cili, Luahan Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

Angkara COVID-19, KFC Sedia Buang Slogan ‘Finger Lickin’ Good’

 

Anda Mungkin Suka