Zinger merupakan antara menu KFC kegemaran rakyat Malaysia. Kini, KFC tampil kelainan perkenalkan Zinger Chop dengan berslogankan “Zinger Like Never Before” boleh didapati di kesemua cawangan restoran KFC bermula hari ini untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada.

Untuk pengetahuan anda, Zinger Chop ini disaluti tepung roti yang diadun dengan rempah ratus Hot & Spicy KFC, lalu digoreng sempurna sehingga keemasan. Zinger panas yang baru dimasak ini digandingkan dengan Colonel Gravy mewah dan rasa asli, pasti ‘kick’ deria rasa anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Zinger dipadankan dengan KFC Coleslaw masam manis yang sejuk dan segar menambahkan rasa keseimbangan kontras menyelerakan terhadap ayam Hot & Spicy ini. Malah, anda turut boleh pilih untuk dihidangkan bersama Crispier Fries atau Colonel Rice.

Photo 1a (with background) – 2-piece Zinger Chop Combo-min
Set kombo 2 ketul Zinger Chop
Photo 2a (with background) – 2-piece Zinger Chop + 1 chicken Combo-min
Set kombo 2 ketul Zinger Chop dan seketul ayam

Tunggu apa lagi, sediakan garpu dan pisau anda untuk dapatkan KFC Zinger Chop yang pasti sedap sehingga menjilat jari ini dengan harga RM16.30 sahaja. Bagi anda yang ingin merasai sendiri menu istimewa dari KFC ini, anda boleh dapatkan di KFC terdekat anda.

Bukan sahaja boleh dapatkan secara ‘self-collect’, bawa pulang, pandu laju dan menu ini turut tersedia di aplikasi dan laman sesawang KFC, foodpanda dan juga GrabFood. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang ini.

Sementara itu, kami kongsikan ‘review’ makan zinger burger sebelum ini pada pautan di bawah ini.

KFC Malaysia Lancar Kembali Menu Popular Zinger Cheezilla

‘Zinger Double Down’ Kembali Ke KFC Malaysia Minggu Hadapan

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil