Rasanya ramai yang tidak pernah rasa gabungan antara waffle dan ayam goreng. Jadi disebabkan itu KFC Malaysia mahu anda cuba sesuatu yang lain daripada yang lain, Zinger Waffle Burger!

KFC Zinger Waffle Burger ini menampilkan kelazatan di setiap lapisan. Tidak dihidangkan bersama roti biasa, burger ini menampilkan wafel Belgian empuk yang mengapit filet ayam Zinger pedas bersama kepingan ayam rangup. Ianya dicurahkan dengan sirap mapel manis bersama sos mayo KFC bagi menghasilkan kombinasi menyelerakan di antara manis dan pedas bersama ciri empuk dan rangup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Vocket menjadi antara yang pertama dapat merasa burger ini. Apa yang kami dapat huraikan adalah ianya satu burger yang padu! Gabungan rasa pedas daripada Zinger dan rasa manis sirap mapel ini memberikan rasa yang unik untuk burger ini. Waffle ini berjaya menggantikan burger Zinger biasa dan memberi dimensi baharu untuk anda yang pertama kali cuba burger waffle.

Zinger Combo
Set KFC Zinger Waffle Burger

KFC Zinger Waffle Burger boleh didapati secara à la carte bermula daripada RM13.50. Hidangan masa terhad ini juga terdapat di dalam kombo serta Mega Box. Kombo Zinger Waffle Burger didatangkan bersama Crispier Fries dan minuman Pepsi Black. Manakala, Mega Box didatangkan bersama seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe.

Boleh didapati di KFC Delivery dan semua restoran KFC seluruh negara bermula 2 Oktober 2018, sementara stok masih ada. Ianya bukan sekadar Zinger, bukan sekadar Wafel.

P/S: Untuk kesedapan lebih, sapukan butter pada waffle anda. Memang lagi pergi rasanya.