Sejak tahun 1973, KFC sudah jadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia. Nampaknya KFC bukan sekadar jual ayam goreng, malah mereka akan jual baju pula selepas ini!

KFC tampil berkolaborasi bersama jenama tempatan Pestle Mortar untuk satu koleksi khas yang memang sangat menarik. 11 item akan dihasilkan untuk koleksi ini termasuklah jaket, hoodie, baju tshirt, bucket hat dan pin baju.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Dapat dilihat koleksi ini telah diberikan sentuhan lokal dan sangat tepat menerangkan KFC di Malaysia. Jumlah jualan untuk koleksi edisi khas ini akan didermakan terus kepada Add Hope Malaysia, kempen CSR oleh KFC.

Koleksi ini akan dijual secara rasmi pada 5 September 2019 di butik Major Drop, Sunway Pyramid. Kami yakin koleksi unik ini pasti sold out pada hari pertama ianya dilancarkan.

Jika anda peminat tegar KFC, tahukah anda burger Zinger Double Down sudah berada di pasaran?

‘Zinger Double Down’ Kembali Ke KFC Malaysia Minggu Hadapan

Resipi ‘Kentang Putar’ Ala KFC Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Koleksi KFC x Carnival Edisi Terhad Dilancarkan Di Bangkok

Anda Mungkin Suka