KFC sejak dari dahulu lagi menjadi tempat untuk majlis keraian dan pilihan nombor 1 untuk keluarga menjamu selera. Ada keluarga yang masih merasakan hidangan KFC ini ‘menu mewah’ yang hanya boleh dijamah sebulan sekali.

Tetapi baru-baru ini, tular isu berkaitan harga set hidangan KFC yang naik mendadak tanpa pengumumam. Perkara berkenaan disedari oleh seorang pengguna Facebook, Khalid Johar yang nyata kecewa dengan kenaikan harga set hidangan di KFC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Set hidangan yang sepatutnya murah, Super Jimat Box D sebelum ini RM12.50 kini berharga RM15.50. Ramai yang tidak puas hati kerana set hidangan yang naik sehingga 24% daripada harga asal semestinya membebankan.

Menurut laporan MalaysiaKini, KFC memaklumkan telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

“Kami ingin menjelaskan bermula Disember 2018, senarai harga kami akan memasukkan SST sebanyak enam peratus. “Terdapat sedikit penyelarasan terhadap harga-harga produk kami,” kata Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Mohamed Azahari Mohamed Kamil.

Ketika diminta mengulas tentang harga yang sedang viral ini, beliau menambah, “Sebagai tambahan, (menu) Super Jimat Box kami tidak pernah diletakkan harga pada RM12.50 sejak kami melancarkan produk ini pada 2015,” katanya dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini.

KFC Super Jimat BOx prices

Kami membuat sedikit perbandingan dan ya, Set Jimat Box D (Zinger Burger) sebenarnya adalah pada harga RM13.45 bukan RM12.50 seperti yang ditularkan sebelum ini. Tetapi harga terkini tetap naik sebanyak RM2.05 berbanding harga sebelum ini.

Diharap pihak KFC Malaysia dapat review semula harga jualan untuk set hidangan di KFC Malaysia. Walaupun kenaikan RM1, pasti akan ada keluarga yang terkesan dengan kenaikan tersebut.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber