Sebut sahaja Zinger pastinya ramai sudah teruja menantikan menu terbaharu yang akan ‘kick’ deria rasa anda dan memberikan kepuasan berganda kepada anda. Akhirnya waktu yang dinanti-nantikan telah tiba.

KFC Malaysia kini tampil semula dengan menu Zinger Cheezilla selepas 2 tahun dan ia merupakan burger dimana kombinasi luar biasa filet Zinger Hot & Spicy disusun bersama kepingan keju mozarela yang digoreng sempurna. Memang sedap!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-02-11_07-43-26

Pic 1

Bukan itu sahaja, KFC turut perkenalkan menu terbaharu Zinger Stacker yang menampilkan dua ketul filet Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai, dilimpahi sos keju Jalapeno dan Mayo, kepingan keju cheddar yang disusun bersama salad segar lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat.

Difahamkan bahawa kedua- dua hidangan ini boleh didapati dalam bentuk hidangan a la carte, atau kombo bersama KFC Crispier Fries dan juga minuman, atau Box Meal dengan seketul ayam goreng Original atau Hot & Spicy.

Pic 4

Pic 6

Nampaknya KFC mendengar permintaan anda kembalikan semula menu yang lazat ini dan juga menu terbaharu serta ia tersedia di restoran KFC berdekatan anda bermula 11 Februari 2020 ini pada waktu yang terhad sahaja. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan ia.

Ingin tahu apa tindakan anda jika menerima ayam goreng KFC bersaiz kecil? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

KFC Perkenalkan Colonel Sanders Yang Lebih ‘Muda’ Sebagai Duta Terbaru

Resipi ‘Kentang Putar’ Ala KFC Yang Sedap Dan Mudah Disediakan