Sebelum ini, KFC Malaysia pernah menawarkan promosi hebat dan mendapat sambutan rakyat Malaysia. Terbaharu, KFC Malaysia kembali menawarkan anda promosi 2 set Snack Plate dengan harga RM20 sahaja.

Jangan terkejut pula kerana promosi ini benar-benar kembali. Untuk pengetahuan anda, promosi ini akan berlangsung selama 3 hari sahaja mulai 16 Ogos sehingga 18 Ogos 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Promosi ini hanya sah untuk ‘KFC Delivery’ dan ‘KFC Self Collect’. Akan tetapi, promosi ini sedikit berbeza dengan promosi sebelum ini kerana anda perlu beli dahulu dan tebus kemudian iaitu jika anda buat tempahan pada 16 Ogos anda boleh menebusnya pada 23 hingga 27 Ogos.

Manakala bagi tempahan pada 17 dan 18 Ogos, anda boleh menebus mulai 6 hingga 10 September 2021. Paling utama, setiap pelanggan hanya dibenarkan membuat 3 kali penebusan sahaja dan dalam satu transaksi untuk 1 set Snack Plate sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang KFC Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut promosi menarik dari KFC Malaysia ini.

Sementara itu, bekas pekerja KFC pernah dedahkan tindakan yang perlu anda ambil jika terima ayam bersaiz kecil. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

Kecewa Terima Ayam KFC Bersaiz Paket Sos Cili, Luahan Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen