Sebut sahaja ayam goreng pastinya sudah terbayang KFC Malaysia. Kami bukan ingin beritahu menu terbaharu tetapi ingin beritahu promosi luar biasa dari KFC Malaysia.

Apa yang gempak sangat dengan promosi KFC kali ini? Anda pasti seperti tidak percaya kerana KFC Malaysia akan tawarkan anda promosi 2 set Snack Plate dengan harga RM20 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan satu tetapi dua set Snack Plate! Adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya akan berlangsung selama sehari sahaja iaitu pada hari esok 20 Februari 2020.

top

Mudah sahaja untuk menebus promosi ini. Anda hanya perlu tunjukkan post KFC ini di kaunter semasa membuat pesanan. Promosi ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Promosi ini tersedia di kesemua cawangan KFC Malaysia kecuali di Genting Highlands, Mall of Medini dan kesemua lapangan terbang. Paling utama, setiap pelanggan hanya dibenarkan membuat 3 kali penebusan sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang KFC Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut promosi menarik dari KFC Malaysia ini. Rugi andai anda terlepas peluang ini!

Sementara itu, anda juga boleh mencuba menu popular Zinger Cheezilla yang kembali di KFC Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

KFC Malaysia Lancar Kembali Menu Popular Zinger Cheezilla

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

Crocs Perkenalkan Sandal Edisi ‘Ayam Goreng’ Hasil Kolaborasi Bersama KFC

Sumber