Setiap orang pastinya menikmati zaman kanak-kanak mereka bermula dengan sajian KFC yang pelbagai pilihan menu yang ditawarkan. Kini, KFC kembali dengan menu baharu mereka bagi memenuhi permintaan ramai dengan KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken ala carte yang berharga RM8.90.

KFC Popcorn Chicken tidak pernah mengecewakan para penggemar ayam dengan rasanya yang enak dan cukup memuaskan. Pastinya anda tidak sabar untuk menunggu menu baharu yang bakal dikeluarkan KFC dan mencubanya sendiri untuk merasai kenikmatan Popcorn Chicken ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menu baharu, KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken ini bakal menambat hati semua penggemar ayam dengan kelazatan dan kepedasannya yang seimbang. Anda juga boleh mendapatkannya dengan dalam combo dengan Crispier Fries dan Pepsi Black atau hidangan kotak yang dengan seketul ayam.

KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken ini boleh didapati di seluruh cawangan KFC di seluruh negara bermula 2 April ini sebelum ianya habis dijual. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi KFC.