KFC baru sahaja perkenalkan menu baharu iaitu ayam berperisa ‘Green Chili Crunch’. Berikutan itu, kami telah mencuba sendiri menu terbaharu ini semalam dan ternyata ianya tidak mengecewakan.

Sesuai dengan namanya ‘Green Chili Crunch’,  ayam yang kami dapat memang berwarna hijau. Sebelum kami mencuba, kami beranggapan bahawa ia akan berasa pedas yang teramat, tetapi sangkaan kami salah.

Rasa yang ditawarkan tidaklah terlalu pedas tetapi ianya adalah pedas yang sedap. Kenapa kami katakan begitu? Ini kerana kombinasi yang ditawarkan iaitu cili, limau dan daun pasli sangat cukup rasa dan anda tidak akan muak makannya.

Ayam goreng Green Chili Crunch ini dijual dengan harga RM14.90 untuk set dua ketul ayam beserta air, kentang putar dan coleslaw, manakala untuk set 3 ketul ayam pula dijual dengan harga RM18.90 sahaja. Bagi kami, harga yang ditawarkan berpatutan dan rasa keenakannya membuatkan anda ingin makan lagi. Jadi, jika anda belum mencubanya, anda harus mencubanya segera!