KFC tidak pernah mengecewakan pelanggannya dan sentiasa menyajikan hidangan yang ‘fresh’ dan sedap sesuai dinikmati seisi keluarga.

Kali ini, KFC perkenalkan menu baharu iaitu Nasi Kari Atuk yang akan berada di pasaran mulai 30 April 2020. Nasi Kari Atuk ini pilihan tepat buat anda penggemar kari untuk nikmati nasi dan ayam goreng bersama kuah kari istimewa yang enak berlemak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, menu Nasi Kari Atuk ini juga akan dihidang bersama Sambal Atuk yang rasanya pedas dan sesuai dinikmati bersama kuah kari. Kiranya memang gabungan terbaik anda akan dapat nikmati apabila membeli menu terbaharu ini.

ONE BOX & DRUMETTE

ONE BOX & DRUMETTE

ONE BOX & DRUMETTE

Menariknya, bagi menu Nasi Kari Atuk ini akan hadir dengan bekas seperti daun pisang dan tampil dengan pilihan set  kombo 2 atau 3 ketul ayam dan box meal. Harga bagi set menu istimewa ini bermula dari RM16.30 sahaja.

Bagi anda yang ingin merasai sendiri menu istimewa dari KFC ini, anda boleh dapatkan di KFC terdekat anda esok. Bukan sahaja boleh dapatkan secara ‘self-collect’, bawa pulang, pandu laju dan menu ini turut tersedia di aplikasi dan laman sesawang KFC, foodpanda dan juga GrabFood.

Anda diingatkan untuk menempah awal kerana KFC akan menerima pesanan terakhir pada jam 7 malam berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan lupa untuk cuba menu terbaru dari KFC ini esok!

Sementara itu, jika anda menerima ayam goreng KFC bersaiz kecil, ini adalah tindakan yang anda boleh lakukan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

Crocs Perkenalkan Sandal Edisi ‘Ayam Goreng’ Hasil Kolaborasi Bersama KFC

KFC Malaysia Lancar Kembali Menu Popular Zinger Cheezilla