Kelazatan ayam goreng yang rangup di KFC menjadikan KFC terkenal hampir diseluruh dunia. Jika makan ayam goreng, pasti ada yang akan makan kulit ayam akhir sekali, bahkan kerana kulit ayam boleh bergaduh sesama sendiri.

Terbaharu, KFC Singapura telah perkenalkan menu istimewa kulit ayam goreng atau dikenali sebagai ‘chicken skin’. Memang ‘wow’ dan buat rakyat Malaysia yang teringin untuk mencubanya bolehlah ke Singapura dalam masa terdekat ini.

photo6213045758945503473

Untuk pengetahuan anda, menu ini pernah dijual di Indonesia dan juga Filipina sebelum ini dan mendapat sambutan yang memberansangkan. Menu ini dijual dengan harga S$3.50 (~RM10.64) sahaja dan tersedia pada hari esok, 11 November 2019.

Pastinya rakyat Malaysia inginkan KFC Malaysia untuk perkenalkan menu ini juga. Diharap KFC Malaysia akan mendengar permintaan untuk membawa masuk menu ini.

Ketahui lebih lanjut menu-menu menarik yang ditawarkan KFC sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

‘Zinger Double Down’ Kembali Ke KFC Malaysia Minggu Hadapan

KFC Perkenalkan Menu Ayam Goreng Baharu ‘Green Chili Crunch’

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

Sumber