Sekiranya hari kelmarin telah berlangsungnya Hari Sandwic Sedunia, KFC juga tidak terlepas untuk mengumumkan promosi terbaru mereka bersempena dengan Bulan Nuget Kebangsaan.

Melalui promosi yang ditawarkan, anda berpeluang mendapatkan 15 nuget dengan harga hanyak RM15 sahaja. Turut disertakan bersama dua sos berbeza iaitu sour cream & onion dan sweet mustard.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, promosi ini berlangsung sepanjang bulan November ini dimana anda boleh mendapatkannya di cawangan KFC ataupun melalui KFC Delivery. Apa tunggu lagi, bilakah kali terakhir anda menjamah nuget daripada KFC?