Sebut mengenai Khabib Nurmagomedov pasti orang ramai cukup mengenalinya. Malah, mereka yang tidak mengikuti perkembangan sukan UFC juga munkin turut mengenali beliau berikutan kelantangan beliau dalam menyuarakan mengenai beliau iaitu Islam.

Aksinya yang memukau di UFC serta masih mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga bersara iaitu 29-0 antara yang membuatkan beliau diidolakan ramai. Walau bagaimanapun, orang ramai khususnya peminat UFC nampaknya seakan belum puas dengan aksi Khabib serta masih mengharapkan beliau kembali beraksi buat kali terakhir bagi melengkapkan rekod 30-0.

1281460382.jpg.0

Terbaharu, selepas hampir tiga bulan bersara daripada UFC pada Oktober lalu, beliau nampaknya memberi bayangan untuk kembali menerusi kenyataan terbaru daripada CEO UFC iaitu Dana White yang memaklumkan Khabib sedia pertimbangkan kembali daripada pesaraan selepas menonton aksi di UFC 257.

Untuk pengetahuan, UFC 257 yang bakal berlangsung di Dubai pada 24 Januari ini bakal menyaksikan dua perlawanan lightweight iaitu antara Dustin Poirier dan Conor McGregor serta perlawanan Dan Hooker bertemu Michael Chandler.

1036791434.jpg.0
Sumber: MMA Mania

Menurut Dana White, beliau yakin masih mempunyai peluang untuk memujuk Khabib ke oktagon. Berdasarkan ura-ura, Tony Ferguson antara lawan yang diidamkan ramai untuk bertemu Khabib.

Connor McGregor juga turut menyatakan hasrat untuk mengadakan rematch bersama Khabib buat kali terakhir. Sama-sama kita nantikan keputusan yang bakal dibuat oleh Khabib selepas 24 Januari ini.

Sebelum ini muncul sebuah laporan di mana Khabib setuju untuk kembali beraksi di UFC sekiranya dibayar dengan jumlah RM407 juta.

Sudah Bersara Dari UFC, Khabib Setuju ‘Kembali’ Beraksi Jika Dibayar RM407 Juta?

Setelah Bersara Dari UFC, Khabib Kini Mahu Fokus Jadi Petani Di Kampung