Sejurus mengancam tidak mahu terlibat lagi dalam UFC beberapa hari lalu, Khabib Nurmagomedov mendakwa pula UFC bersubahat dan membantu Conor McGregor membuat serangan terhadap bus yang dinaikinya pada UFC223 yang lalu.

Dalam satu temubual bersama sebuah program di Russia, beliau turut mengeluarkan kenyataan tentang insiden serangan bas yang dibuat oleh McGregor April lalu. Ketika serangan itu, Khabib berkata beliau mahu keluar berlawan dengan McGregor atas provokasi itu tetapi wakil UFC yang berada bersamanya di dalam bas berkenaan menghalangnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Memang banyak soalan yang saya sendiri tiada jawapan untuknya yang membuatkan saya terfikir, adakah semua ini sudah dirancang? Pada pandangan peribadi saya, insiden bas ini dilaksanakan oleh UFC untuk menarik perhatian dunia terhadap perlawanan saya bersama McGregor,” kata Khabib.

BACA: Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor Di UFC 229

Saya tidak boleh menuduh mereka secara terus, tetapi saya 70% pasti. Dalam arena yang besar (Barclays Center), beliau bersama pasukannya tahu di mana kami berada (di dalam bas). Persoalannya, bagaimana mereka boleh tahu? Pada hari tersebut, Conor tidak mempunyai perlawanan pun,” tambah Khabib lagi.

Conor McGregor adalah fighter penting UFC dalam menaikkan nama kejohanan UFC di mata dunia. Dakwaan Khabib ini mungkin berasas kerana status ‘anak emas’ UFC yang dipegang McGregor sejak beberapa tahun lalu. Ianya hanyalah dakwaan daripada Khabib dan UFC ketika ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang dakwaan ini.

Sumber