Sama ada anda peminat UFC mahupun tidak, kami yakin anda pasti ingat salah satu highligh 2018 dimana Khabib Nurmagomedov berjaya mengalahkan Conor McGregor dalam pertembungan di dalam oktagon pada tahun ini.

Pertembungan ini terus hype meskipun perlawanan tamat dimana para netizen turut mengulas mengenai perbuatan yang dibuat Khabib selepas tamat perlawanan. Terbaru, difahamkan kedua-dua mereka telah menerima lumayan untuk bertarung sekali lagi pada 2019 nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah menyaksikan Khabib merebut gelaran juara selepas empat pusingan bertarung, McGregor menyatakan bahawa beliau ingin mengulangi sekali lagi pertarungan dengan Khabib menerusi laman sosial media beliau.

Walaubagaimanapun, untuk pertembungan kali ini, Presiden UFC, Dana White telah menetapkan untuk mengadakan pertarungan antara Tony Ferguson dengan Khabib manakala McGregor bertemu sekali lagi dengan Dustin Poirer.

Berikutan kesalahan yang telah dilakukan mereka ketika pertarungan sebelum ini serta pihak NSAC masih belum menjatuhkan hukuman ke atas mereka,  keinginan dan perancangan terhadap pertarungan semula antara Khabib dan McGregor masih belum dapat diberikan keputusan yang muktamad.

Pihak UFC telah menawarkan AS$15 juta (RM62.7 juta) bagi mengulangi pertarungan ini, namun bapa kepada Khabib menginginkan pihak mereka membayar AS$30 juta (RM125.5 juta) kerana bapanya melihat pertarungan ini bakal memberi pulangan yang cukup lumayan kepada Khabib.

Tony Ferguson, pencabar terbaru Khabib

Dalam masa yang sama, bapa beliau juga berkata bahawa mereka perlu menghormati lawan lain dan tidak boleh dinafikan hak atau peluang Tony Ferguson dan Duston Poirer yang masih belum pernah tewas dan berhak bertarung dengan Khabib.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.