Insiden pergaduhan selepas perlawanan antara Khabib Nurmagomedov dan pasukan Conor McGregor nyata memberi kesan apabila beliau telah didenda dan digantung untuk bertarung oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

Menurut laporan Awani, Khabib didenda sebanyak $500,000 (~RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan, manakala McGregor pula didenda $50,000 (~RM205,355) dan digantung enam bulan.

Menurut NSAC, tarikh penggantungan Khabib bermula pada 6 Oktober 2018 dan atlet dari Rusia itu dibolehkan untuk kembali bertarung pada 6 Julai depan.

BACA: Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor Di UFC 229

Sepupu kepada Khabib, Abubakar Nurmagomedov dan rakan Zubaira Tukhugov turut digantung setahun oleh NSAC dan denda $25,000 (~RM102,700) kerana turut sama terlibat dalam kekecohan berkenaan. Denda ini bagaimanapun akan dibayar oleh Khabib.

Sejurus dijatuhkan hukuman, Khabib menulis status ini di laman Twitter rasmi beliau. Pengurus yang juga bapa kepada Khabib, Abdelaziz berkata denda yang dikenakan langsung tidak adil. “Bagaimana Khabib dikenakan denda $500,000 dan McGregor pula hanya USD50,000? Ianya tidak masuk akal,” kata Khabib.

Menurut presiden UFC, Dana White tali pinggang kejuaraan yang dimenangi oleh Khabib tidak ditarik balik walaupun beliau terlibat dalam pergaduhan di UFC 229. Khabib dijangka akan kembali bertarung bulan November tahun ini.

Sumber