Pagi tadi telah berlansungnya perlawanan juara UFC lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov menentang pencabarnya iaitu Dustin Poirier menerusi UFC 242.

Perlawanan yang dijangkakan sengit ini berakhir pada round 3 apabila Khabib Nurmagomedov berjaya mengunci Dustin Poirier sekaligus membuatkan Dustin tap out. Kejayaan ini berjaya melonjakkan rekod Khabib kepada 28 perlawanan tanpa kalah.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →
5d741dcc85f540718f523eec

Sumber: Getty Image

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan para penonton teruja adalah aksi selepas perlawanan dimana Khabib dalam sebuah temu bual mengumumkan beliau akan menyumbangkan sejumlah wang kepada badan amal yang diusahakan Dustin. Selain itu, t-shirt yang dipakainya selepas perlawanan antara barangan yang bakal disumbangkan.

Khabib menyatakan semua ini dibuat sebagai tanda hormat kepada pihak lawannya serta sebagai cara beliau melupakan kepada tragedi amuk yang berlaku sewaktu menentang Conor McGregor beberapa bulan dahulu.

Tindakan yang dibuat Khabib Nurmagomedov berjaya mendapat pujian ramai setelah beliau benar-benar menunjukkan sukan yang diceburinya semuanya berkait dengan hormat-menghormati. Tahniah diucapkan buat Khabib diatas kejayaan 28 perlawanan tanpa kalah.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel berkaitan MMA. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Justin Bieber Secara Tiba-Tiba Cabar Tom Cruise Berlawan Di UFC

Khabib Didenda RM2,000,000 Kerana Cetus Pergaduhan Di UFC 229

Khabib Dan McGregor Mungkin Bakal Bertembung Kembali Dalam Gelanggang UFC

  • SUMBER
  • RT

Anda Mungkin Suka