Mungkin berita ini kedengaran sedikit mengejutkan dan kecewa bagi peminat kejohanan sukan tinju Ultimate Fighting Club (UFC) apabila peninju kegemaran ramai, Khabib Nurmagomedov secara rasminya telah bersara.

Khabar berita pengunduran Khabib daripada arena UFC itu turut disahkan oleh Dana White, presiden bagi kejohanan UFC menerusi satu kiriman ciapan berserta kapsyen dan sekeping gambar beliau bersama Khabib di Twitter-nya semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini, Dana dikhabarkan mahu dan berharap Khabib segera kembali semula di perlawanan UFC untuk mencapai rekod kemenangan 30-0. Akan tetapi, menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan bahawa Dana tidak memaksa dan pasrah dengan pengunduran Khabib daripada arena sukan ini.

“Menang 29 kali berbalas 0. Sungguh luar biasa kerana diri ini berpeluang untuk menyaksikan dia bekerja.

“Kini dia sepenuhnya telah bersara. Terima kasih di atas segala-galanya sahabatku Khabib dan apa-apa jua cabaran yang mendatang, hadapailah ia dengan tenang,” tulis Dana pada kapsyen ciapan yang dikirimnya itu.

Untuk rekod, Oktober tahun lalu dunia telah menyaksikan kehebatan Khabib yang berjaya menewaskan Justin Gaethje menerusi perlawanan UFC 254 sekaligus melebarkan rekod tanpa kalah beliau kepada 29-0.

Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang kurang senang dengan keputusan Khabib itu. Mereka beranggapan bahawa Khabib seorang yang pengecut dan bersara kerana takut kepada kekalahan sekiranya berlawan semula dengan Conor McGregor.

https://twitter.com/McGregorRousey/status/1372754633001635841?s=20

Mungkin ini merupakan jalan terbaik untuk Khabib sekaligus melunaskan janji beliau kepada ibunya yang sebelum ini meminta beliau untuk bersara.

Ini pula beberapa artikel lain berkenaan dunia UFC. Baca lagi pada pautan di bawah.

Setelah Bersara Dari UFC, Khabib Kini Mahu Fokus Jadi Petani Di Kampung

Mahu Tunai Janji Ibu, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara Daripada UFC

Berlagak Dapat Tewaskan Petinju UFC, ‘Master’ Tai Chi Ini Tewas Dalam Masa 30 Saat Sahaja