Siapa kata rider kita tak hebat? Khairul Idham Pawi dari pasukan Honda Team Asia menjuarai GP Argentina bagi kategori Moto 3 sebentar tadi dan ianya hanya perlumbaan championship beliau yang ketiga!

Perlumbaan Moto 3 di Argentina itu diistiharkan sebagai perlumbaan litar lincin, di mana permukaan litar ada yang basah, ada yang kering. Dan Khairul menyusuri semua pelumba lain tanpa sebarang masalah meninggalkan pelumba di tempat kedua, Jorge Navarro dari pasukan Estrella Galacia dengan jurang masa yang besar iaitu 26.170 saat!

pawiiiiii

Seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin turut dari pasukan Honda Team Asia menamatkan perlumbaan di tempat ke-11. Sayang, Adam tergelincir semasa lap terakhir tetapi kerana semangat juang beliau yang tinggi, beliau menolak motor beliau dan tetap menamatkan perlumbaan. Jika tidak, tempat no.1 dan no.2 milik pelumba negara. Khairul merupakan pelumba negara pertama yang pernah memenangi kejohanan Moto 3 sepanjang penglibatan pelumba negara dalam kategori ini.

Tahniah buat Khairul! Walaupun ini baru perlumbaan profesional beliau yang ketiga, beliau tidak gentar memberi saingan kepada pelumba lain yang lebih senior. Saya tidak sempat untuk lihat perlumbaan itu tadi, tapi dengar cerita memang hebat. Khairul buat orang takut dengan keberanian beliau menyusuri laju litar yang licin.All the best untuk Khairul di perlumbaan yang akan datang. Keep it up bro!

P/S : Kalau mat rempit di Malaysia di asah bakat betul-betul, memang lagi ramai rider hebat boleh dilahirkan. Hati kering bai rider kita.

Motor 3

Sumber