Kalau awal tahun lalu, Khairulaming berjaya menjual 10,000 Sambal Nyet dalam masa hampir satu jam. Namun kini rekod itu berjaya dipecahkan pada bulan ini apabila dia berjaya menjual 10,000 Sambal Nyet dalam masa 3 minit.

Dalam satu ciapan di Twitter, Khairulaming menyiarkan satu video pendek berdurasi lebih 2 minit yang memaparkan momen-momen sewaktu dia berjaya menjual Sambal Nyet keluarannya dalam masa hanya 3 minit.

“10 bulan lepas bila Sambal Nyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sangat guys sebab masih support sampai ke hari ni,” katanya.

Jualan 10,000 Sambal Nyet dalam masa 3 minit ini telah mengejutkan warganet. Sehingga ada sesetengah daripada mereka yang memanggilnya sebagai ‘sifu shoppee’. Walaupun ini hanyalah rekod peribadi, namun kisah inspirasi ini pasti akan menjadi motivasi buat orang ramai yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Untuk anda yang kurang mengenali Khairulaming, beliau adalah seorang selebriti media sosial yang terkenal dengan video masakan. Dia kemudiannya berkembang dan mula menjual Sambal Nyet hasil resepinya sendiri.

Namun dalam pada berita kejayaan ini, Sambal Nyet sebenarnya pernah menghadapi beberapa isu yang negatif. Antaranya adalah jenama sambalnya diciplak oleh seorang wanita yang cuba mengaut untuk dari populariti yang dialami oleh Khairulaming. Selain itu, peniaga di China turut menggunakan namanya untuk melariskan jualan sambal buatan mereka.

Buat ‘post-mortem’ selepas sambal habis terjual, cara Khairulaming dipuji netizen. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Buat ‘Post-Mortem’ Selepas Sambal Habis Terjual, Cara Khairulaming Dipuji Netizen

Pernah Rugi Lima Angka, Khairulaming Kongsi Kisah Jatuh Bangun Hasilkan Sambal Nyet

Khairulaming Kongsi ‘Behind The Scene’ Setiap Kali Tambah Sambal Nyet Di Shopee