Siapa sahaja yang tidak mengenali Khairulaming, personaliti media sosial yang sering berkongsi video resipi makanan dan juga terkenal dengan produk Sambal Nyet keluaran jenamanya sendiri.

Umum mengetahui bahawa Sambal Nyet Khairulaming sangat popular dan laris terjual di Shopee. Lantaran itu, Khairulaming menerusi satu ciapan di Twitter semalam memberitahu bahawa sebahagian daripada untung hasil jualan Sambal Nyet akan didermakan ke dalam tabung amal Palestin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Jualan Sambal Nyet akan kembali seperti biasa dan RM10,000 untung jualan Sambal Nyet akan kami dermakan ke tabung amal Palestin.

“Berharap sumbangan ini dapat meringankan beban saudara kita di sana,” tulis Khairulaming di ruangan kapsyen ciapan tersebut.

Beberapa jam kemudian, ciapan tersebut dibalas semula oleh Khairulaming dan beliau menyatakan bahawa sebanyak RM10,000 telah didermakan ke akaun Tabung Cinta Gaza Malaysia. Dalam pada itu, Khairulaming juga mengalu-alukan pengikutnya serta orang ramai untuk turut serta menderma mengikut kemampuan masing-masing.

Rezeki itu bukan milik kita seorang sahaja kerana rezeki mesti dikongsikan bersama. Terbukti, Khairulaming merupakan salah seorang personaliti media sosial yang wajar kita contohi. Beharap perniagaan Sambal Nyet Khairulaming terus maju dan segala urusan beliau dan teamΒ dipermudahkan.

Sebelum ini, tular seorang wanita yang menyamar sebagai reseller Sambal Nyet. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Mengaku Jual Sambal Nyet Palsu, Khairulaming Pilih Untuk Tuntut Tiga Perkara Daripada Penjual Ini

Belum Selesai Isu ‘Reseller’, Jenama Sambal Di China Gunakan Nama Khairulaming Untuk Lariskan Produk

Khairulaming Kongsi ‘Behind The Scene’ Setiap Kali Tambah Sambal Nyet Di Shopee

Sumber