Sebut sahaja nama Khairulaming pasti rata-rata anda sudah mengenali beliau yang sentiasa berkongsi video resipi makanan di media sosial. Tidak terkecuali Sambal Nyet keluaran jenama beliau sendiri turut popular sampai ada pelanggan yang tidak sempat klik add to chart, jualan Sambal Nyet di Shopee sudahpun habis terjual.

Terbaharu, Khairulaming menerusi satu perkongsian di akaun Twitternya telah berkongsi satu video belakang tabir di sebalik cara beliau menguruskan jualan serta penambahan unit Sambal Nyet yang dijual menerusi platform Shopee.

Menerusi perkongsian video itu, penjualan Sambal Nyet akan dijadualkan untuk 9 slot dengan penjualan anggaran 4,000 unit sehari. Khairulaming turut menjelaskan setiap slot akan terjual lebih kurang 500 unit Sambal Nyet di Shopee.

Dalam video itu, Khairulaming mengumumkan sebanyak 500 unit Sambal Nyet yang baharu sahaja ditambah, sudah habis terjual dalam masa kurang daripada 30 saat untuk slot penjualan yang ketiga di Shopee. Ini membuktikan penjualan Sambal Nyet laku keras di Shopee.

Tujuan lain beliau berkongsikan video ini adalah kerana ada peminatnya yang ragu-ragu berkenaan stok di Shopee yang kerap habis. Khairulaming berkata ia bukan masalah sistem, tetapi kedainya yang ‘diserang’ dengan pembeli setiap kali sambalnya kembali available di Shopee.

“Saya memuat naik video ini pun sebab ada yang tanya unit penjualan Sambal Nyet ini macam tak update tapi sebenarnya ia laju untuk sold out,” kata Khairulaming dalam video itu.

Untuk rekod, Sambal Nyet pernah terjual 10,000 unit dalam masa sejam. Apa-apa pun bagi para peminat Sambal Nyet, janganlah berasa kecewa sekiranya tidak sempat membeli dan merasainya kerana ‘siapa cepat, dia dapat’ dan itulah konsep perniagaan Sambal Nyet ini.

Kurang sejam, Sambal Nyet keluaran Khairulaming habis terjual. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

10,000 Botol Dalam Masa Sejam, Sambal Khairulaming ‘Sold Out’ Diborong Peminat

Buat ‘Post-Mortem’ Selepas Sambal Habis Terjual, Cara Khairulaming Dipuji Netizen

Pernah Rugi Lima Angka, Khairulaming Kongsi Kisah Jatuh Bangun Hasilkan Sambal Nyet