Sebelum ini, video Khairulaming ‘review’ makan croissant bersama air coklat panas di Paris telah menjadi perbalahan netizen apabila ada yang mempertikaikan status halal restoran tersebut.

Lantaran video tersebut, ramai orang teringin untuk mencuba makan croissant bersama air coklat dan whipped cream. Terbaharu, Khairulaming telah berkongsi minuman yang dia ‘custom’ di Starbucks seperti yang dia nikmati di Paris.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@khairulaming

Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try 😁 #makanlokal #hello2023

♬ Morning in Paris – Morning Chill Playlist

Menerusi perkongsian terbabit, Khairulaming telah menunjukkan minuman coklat panas ‘custom’, whipped cream dan juga croissant. Menurutnya, minuman tersebut tidaklah pekat seperti yang dia nikmati di Paris tetapi masih lagi sedap untuk dicuba.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen ‘teracun’ untuk mencuba minuman itu. Malah, segelintir netizen juga mahu pihak Starbucks bersedia untuk mereka serbu membuat pesanan tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan pasti barista Starbucks tidak menang tangan selepas video ini tular di media sosial. Anda bolehlah ke cawangan Starbucks terdekat anda jika mahu cuba minuman dan croissant ini.