Khairulaming, pembuat kandungan video masakan telah memberi duit raya kepada para pengikutnya. Dia sebelum itu meminta para pengikutnya di laman Twitter untuk berkongsi kod QR akaun bank mereka sebelum beliau berkongsi rezeki.

Dalam satu ciapan yang dimuat naik semalam, Khairuaming berkata, “Duit raya tak pecah lagi. Sampul raya tak beli lagi. Kau guna qr pay je la dik tahun ni,” katanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ciapan itu kemudiannya mendapat sambutan pengguna Twitter. Dengan sebahagiannya mula berkongsi kod QR masing-masing dengan beberapa kapsyen yang kreatif. Mereka yang bertuah telah berjaya mendapat duit raya daripada Khairulaming, ada yang berjaya mendapat RM100 dan ada juga mereka yang mendapat RM50.

Ciapan itu sehingga kini tular di laman Twitter dengan orang ramai berpusu-pusu berkongsi kod QR akaun bank. Mereka tidak mahu lepaskan peluang untuk mendapat duit raya daripada pencipta kandungan masakan yang kini sedang meningkat naik di Malaysia.

Khairulaming atau Khairul Amin Kamarulzaman adalah seorang selebriti masakan media sosial Malaysia. Beliau dikenali menerusi video resepi kreatif yang menerima jumlah tanda suka dan perkongsian yang tinggi di laman Facebook serta Instagram.

Anak muda asal Kelantan ini pernah mencipta kejutan apabila berjaya menjual kesemua sambal buatannya dalam tidak sampai beberapa minit.

Khairulaming adalah sifu Shopee, berjaya jual 10,000 sambal nyet dalam 3 minit. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit

Masak Spaghetti Carbonara Dengan Cara Yang Tepat, Khairulaming Terima Pujian Chef Terkenal Singapura

Pernah Rugi Lima Angka, Khairulaming Kongsi Kisah Jatuh Bangun Hasilkan Sambal Nyet